Tuesday, August 14, 2012

RESEPI SAMBAL TUMIS NASI KERABU




Bahan-bahan.

1 ) Bawang Merah : 3 Biji ( besar )

2) Halia : 2cm

3) Serai : 2 Batang

4) Gula Melaka : 2 Sudu

5) Garam : Secukup rasa

6) Bawang putih : 4 Ulas

7) Santan Pekat - 3 cawan

8) Santan Cair : 2 cawan

9) Cili Kering : Mengikut tahap kepedasan.

9) Gula : Secukup rasa

Cara-cara

Blender

Blender Cili kering : Asingkan

Bawang + Halia + Serai

Panaskan Minyak

Tumis cili kering dahulu : biar sehingga pecah minyak..untuk menjadikan tumis warna cantik

Masukkan Bawang + Halia + serai tumis masukkan gula melaka..biarkan pecah minyak

Masukkan santan pekat biarkan seketika masukkan santan cair..

Masukkan air + garam..

Guna api perlahan untuk memekatkan tumis

Dah pekat boleh dimakan dengan sambal ikan...

Thursday, August 9, 2012

RESEPI DALCA DAGING


 Ihsan Googles


Sempena Bulan Ramadhan ni rasa cam nak amkan Dalca daging jer, apa kata jenguk resepi saya yang senang ni..he..he

Bahan-Bahan;

Daging : 1/2 Kilo

Rempah Kari Ikan : 2 Paket ( kalau kecik ) - saya suka guna rempah kari ikan walaupun masak daging/ ayam lagi sedap...

Santan Pekat : 1 cawan

Air : 2- 3 cawan

Cili Kering : Mengikut tahap kepedasan

Bawang Putih : 4 Ulas - Blender

Bawang holland : 1 biji - Blender

Gula Merah : 2 Sudu

Ubi kentang : 2 - 3 Biji

Terung : 1 Biji

Kacang panjang : mengikut citarasa

Baby Jagung : Mengikut Citarasa

Carrot : 1 batang

Daun Kari : Sedikit

Halia : 2 Inci

Asam Keping : 1 Keping

Garam Secukup rasa

Cara :

Tumis Minyak

Masukkan bawang putih + bawang Holland + cili kering + halia..sampai naik bau..
Masukkan Daging + Ubi kentang + daun kari + gula melaka + asam keping + serbuk kari
Biarkan seketika masukkan santan pekat sikit dan santan cair...
Seketika masukkan Carrot, baby jagung, kacang panjang.

Dah mengeleggak masukkan baki santan pekat tadi..masukkan terung biarkan masukkan garam...

dalam 5-10 minit masukkan garam dan boleh diangkat...

Inilah cara saya membuat dalca ...mudah kan?????

Monday, July 30, 2012

Resepi Ayam percik Kelantan




Dalam kesusahan ada dan tak ada air akhirnya saya berjaya membuat Ayam percik Vs kelantan.

Bahan-Bahan:-

Ayam seeekor : Potong 4 ( potong ayam ikut kesesuai )

Kunyit hidup + Garam : Untuk memerap ayam- perap lama makin sedap

Bahan Kuah percik:-

Santan Pekat : 2 cawan

Santan Cair : 2 cawan

Serai- 2 tangkai diketuk ( Diketuk )

Halia : 2 inci

Bawang merah : 5 /6 ulas bergantung size

Bawang Putih : 3 Ulas

Garam, Gula

(Halia+Bawang Merah+ Bawang Putih ) Blender sampai hancur

Masukkan semua bahan tadi kacau hingga pekat.........agak-agak dah pekat sikit boleh ler angkat......

Masa bakar ayam tadi lumurkan sedikit kuah percik tadi bagi menyerap rasa...siap...

Wednesday, July 25, 2012

Resepi Roti Puding



Gambar Ihsan Google...

Pagi- pagi ni semangat nak tulis resepi..

Saya suka puding roti tambah pula bila letak dalam peti ais mesti sejuk dan sedap.

ni resepi puding roti versi saya.

Bahan-Bahan:-

Roti ( Pek biasa )   Gunakan yang kecil
Telur: 6 - 7 biji ( ikut size)
Santan Cair : 1- 2 cawan
Buah-buahan dalam tin ( tin kecil ) / atau kismis/ Buah-buahan dalam tin - Mengikut selera
Esen Vanila perasa pandan.
Gula : 1/2 Cawan ( Bergantung ke tahap kemanisan seseorang)
Garam : Sedikit
Pewarna mengikut warna kegemaran..
Bahan sampingan terpulang nak guna atau tak..
Susu cair.

Cara-cara.
Panaskan Kukusan
Pukul Telur dan gula sehingga hancur @ Blender.
Masukkan Esen vanilla
Masukkan santan cair + garam.+ pewarna.Hingga sebati
Masukkan Kismis@Buah-buah campur
Sediakan bekas untuk mengisi roti ( sapu dengan minyak masak sedikit)
Celupkan roti ke bekas yang ada adunan tadi hingga lembik dan susun satu persatu dalam loyang..selang seli dengan buah@kismis ..buat sehingga habis aduan.

Masukkan dalam kukusan..kukus dalam 15-20minit..
dah masak biarkan seketika, dah sejuk masukkan dalam peti ais biarkan seketika.
Bila ingin dimakan potong dan dicurahkan dengan susu cair..sedapppp


Kuih Peria



Bila Puasa ni tengok gambar kuih kat internet mula lah nak masak tu nak masak ni..alih-alih hati terpaut pada Kuih peria. Favourite kuih ni, sedap dan senang.




Bahan-bahan:-
tepung pulut : 500Gram
Daun Pandan : Sepuluh helai
Air  : Secukupnya
Garam: Secukup rasa

Kacang Hijau: setengah kilo
Kelapa parut: sesuku biji
Gula melaka: Secukup rasa
Pewarna Merah + Hijau
Daun pisang :
Minyak masak : untuk melumur kuih

Cara-Cara:-
~ Masakkan kacang hijau bersama Gula melaka dan sedikit garam, masukkan air sedikit ( untuk kacang cepat empuk seeloknya direndam dulu kacang tu semalaman )
~ Bila dah agak empuk masukkan kelapa parut sedikit..Kacau rata ..dah siap
~ Bancuh Tepung pulut dengan air dan jadikan seperti nak buat ondeh-ondeh..
~ Bahagikan kepada 2 bahagian setiap satu warnakan hijau / merah
~ Bulatkan doh dan tekan ditengah, masukkan kacang tadi sebagai inti, buat bujur dan tekan dengan garfu untuk mencorakkan.
~ Setelah kukusan panas..masukkan yang telah kita bentukkan tadi, lapik dengan daun kelapa.
~ sesudah diangkat sapukan minyak masak sedikit dan letakkan diatas daun pisang yang telah dipotong.




Monday, July 23, 2012

PULUT PAGI

ZR

Ihsan Googles

Balik dari pejabat dalam renyai hujan, rutin daku cam biasa round pasar malam untuk cuci mata dan cuci duit sekali. Yalah sekali pergi maunyer RM50.00 melayang. Sebelum sampai tuh memang dah budget tekad habis rm20.00 jer nak beli kat pasar malam. Tup-tup bila sampai tengok epal merah-merah ambik, tengok mangga ambik, tengok jagung, tengok satay..pendek kata main sambar jer..tau-tau lah dah tak da RM50.00. waktu tuh mula ler pening sekejap...

Ihsan Googles
Al-kisah daku nak makan bubur pulut hitam lah kononnyer..maka aku dah bersungguh-sungguh ler tanya kedai kat pasar malam. "Tak ada kak pulut putih ade"..hampeh orang tanya pulut hitam putih buat apa.

"Tak pe mungkin pasar mini kat rumah daku ader..daku senyum kembali sambil terbayang dah sedapnyer makan bubur pulut hitam malam nanti..

Sesudah selesai bershopping di pasar malam daku pun menuju ke kedai mini dengan kereta kodokku itu.
"Kak beras pulut hitam dah lama kitaorang tak jual"...Aduhhhh rasa cam pelik pulak..tak per dik bagi akak santan. Akak jalan kaki pergi kedai hujung jap tanya.

Maka daku ala-ala model berjalan ler ke kedai itu..."Dah habis lah"..ayat ringkas dan padat..
Aku pun dah macam putus harap lah, apasal susah sangat nih. Itulah dia bila kita nak tak ader jer..bila kita tak nak hah depan mata bebetul...Hilang terus semangat nak masak bubur, maka berjalan tergedek-gedek ler daku kat kedai adik  tadi untuk mengambil santan sambil berjalan otak pun berfikir ,aku teringat kat rumah ada beras  pulut putih...aku buat pulut pagi jerlah. Walau santan dah beli daku ambil jer, kena beli kelapa parut muda putih lah untuk dimakan dengan pulut pagi...
Pulut pagi tapi makan malam...hu....hu

BUTIR NANGKA


Gambar dicedok dari My resepi

Hari nih dengan senang hati daku membawa Bubur Biji Nangka datang opice daku..
Warna-warni lagi walau tak lah semariah mana namun janji ada juga warna.

Dalam muka ada yang blur dan blurina ada juga yang tak pernah makan...aku mula ler pe buat cerita dongeng yang dalam biji nangka dalam tuh jadi nak makan kena gigit betul-betul..bukan main percaya diaorang nih.Walhal dalam tuh tak ader apa pon....

Rasanyer daku bawak tak lah banyak mana pun cuma satu balang jer itu pun jenuh menggetel dengan semangat Malaysia Boleh. Daku nih tak suka sangat manis-manis maka bubur daku pun suam-suam kuku jer manisnyer..ada yang cakap kurang manis nasib baik daku ader spare gula..dimasukkan dan dikacau......

Hah kalau nak resepi tuh alah senang jer : ( Nih dah jadi blog memasak pulak ker????) Ni nama nyer bidan terjun ...

RESEPI BUBUR BIJI NANGKA ( YANG PALING RINGKAS DAN SENANG )
1) TEPUNG PULUT " GAJAH BRAND  ~ 1 PAKET
2) REMPAH HALBA  ~ 1 SUDU BESAR
3) SANTAN 2 BIJI KELAPA/ 2 KOTAK SANTAN SEGERA
4) AIR 1 11/2 LITER
5) GULA ~ SECUKUP RASA
6) GARAM ~ SEDIKIT SAHAJA
7) DAUN PANDAN ~ 3 HELAI

LANGKAH-LANGKAH
1) PANASKAN AIR DIDALAM PERIUK MASUKKAN HALBA DAN GULA & PANDAN
2) TEPUNG PULUT DICAMPUR AIR HINGGA TIDAK MELEKAT KAT TANGAN
( ASINGKAN KALAU NAK BUAT BANYAK WARNA ) DAH TARUK PEWARNA SILA
GENTELKAN SEPERTI NAK BUAT ONDEH-ONDEH.
3) SEMASA MENGGENTEL TUH TERUS MASUKKAN DALAM AIR YANG DIPANASKAN TADI
4) DAH SIAP DAN RASANYER BIJI-BIJI DAH MASUK BOLEH LER MASUKKAN SANTAN TADI KACAU DAN MASUKKAN GARAM..KACAU SAMPAI MENGGELEK.

Tara dah boleh angkut dan dimakan.....

KUIH KACANG




Wah...wah musim-musim bulan puasa ni rasa nak pula makan nasi himpit dan juah kacang.

Nak buat kuah kacang ni senang je (ikut cara saya cincai jelah)

Bahan-Bahan:-
Kacang  1/2 Kilo : Digoreng hingga kekuningan
Santan Pekat : 2 cawan
Gula Melaka : secukup rasa
Cili kering : 5-10 ( mengikut citarasa untuk tahapa kepedasan)
Bawang Merah : 5 Ulas
Bawang Hollland: 1 biji/ 2 biji bergantung size
Serai: 2 Batang
Halia : Seinci
lengkuas : Seinci
Garam: Secukup rasa
Air: Ikut citarasa kepekatan
Asam keping : 1 keping

Cara-cara

Blender Cili kering bawang Merah + Bawang holland + halia + lengkuas + serai ( A)

Blender kacang yang telah digoreng ( tak payah buang kulit )

Panaskan periuk/ kuali masukkan minyak masak( 2 sudu besar )

Masukkan Bahan yg diblender (A) hingga naik minyak

Masukkan kacang tadi.Gaul sekejap.

Masukkan Gula melaka + Air 3Cawan

Kacau masukkan garam sedikit + asam keping

Biarkan sehingga menggeleggak masukkan santan pekat kacau lagi....

Biarkan seketika hingga minyak pecah, rasa untuk kesedapan.

Dah siap tara boleh dimakan dengan nasi himpit atau roti..

Beginilah cara saya buat kuah kacang..senang dan mudah....




Wednesday, July 18, 2012

KERABU JANTUNG PISANG






Atas permintaan kawan kat pejabat hari ni aku bawa lagi Kerabu jantung pisang, entah lah tak habis-habis cakap sedap-sedap yang aku bawa aritu..aku selalu pesan borang biasa masak kali pertama je sedap, kali kedua pasti ada tak kena...nak tak nak dah aku diberikan jantung pisang ngan kelapa maka buat jelah..lagipun dah nak masuk ramadhan.

Buat Kerabu ni tak susah senang jer..





Gambar Ihsan Googles

Resepinya:-

Jantung pisang - Sebiji ( Potong 4 dan di rebus, rebus jangan terlalu empuk nanti lembik )

Kelapa parut - 1 biji ( kalau besar separuh) - digoreng

Ikan ( Selar/Sardin ) - 6 Ekor/4 ekor bergantung pada size ( Dikukus + asam keping + garam )

Bawang merah (kecil ) - 8 ulas ( ditumbuk)

Lada hitam- 10-15 biji ( ditumbuk)

Serai- 2-3 Batang ( Dimayang halus )

Gula + garam: secukup rasa.


Langkah-langkah :-

Jantung pisang dah masak dimayang halus.

Ikan dibuang tulang, ditumbuk/ Blender

Tumbuk Bawang + Lada Hitam+ Gula + Garam.

Gaul semua bahan dengan kelapa yang dah digoreng tadi. Masukkan serai yang dimayang tadi. Gaul rasa cukup tak garam + gula..dah siap.

Senangkan?


Nota: nak sedap lagi campurkan kacang panjang sekali,  tapi potong nipis-nipis.,

Friday, July 13, 2012

KUIH KATON

Ramai yang cakap saya penggemar kuih tradisional memang pun, dah rata-rata asaya memang boleh masak kuih tradisional pandai tu tidak lah.


Gambar Ihsan Googles

Ini dia resepi kuih katoon my pavorite ni;-

Tepung pulut ~ Setengah Kilo
Air secukup
Gambir ~ Separuh atau suku @ atau daun pandan

Kelapa Parut + garam ( Putih sahaja ) ~ separuh ~ Dikukus

Gula melaka - secukupnya dimasak dengan air.

Cara-cara ( senang jer )

Tepung pulut diuli dengan air dan gambir ( pekatkan doh macam nak buat ondeh-odeh)

Sediakan periuk kukusan.

Kukus tepung tadi dalam 15-20 minit dah masak angkat

biarkan sejuk potong kecil-kecil ( ikut citarasa)

Gaulkan dengan kelapa yang telah dikukus tadi.

Hidangkan dalam pinggan curahlan air gula melaka mengikut selera...


Tuesday, July 10, 2012

Tuesday, February 14, 2012

KERUTUK

Aduhhh sian pulak kat Puan Hanna yang asyik request resepi kerutuk, bukan ape saya nih tak pandai sangat masak nak kata pro oh tidak sebab itu ler saya asyik masuk blog Cik Ina Do Do Cheng dapat cedok ilmu masakan dari situ walau kekadang ada yang ringkas namun sedappppp..

Saya segan ler nak bagi resepi nih sebab nanti orang cakap saya ni eksen sedangkan ilmu tak sampai mana, kalau takat masak untuk tekak sendiri tuh boleh ler sebab sedap ke tak tetap kena telan kalau tak makan saper nak makan..tapi yang pasti blog saya nih bukan blog memasak atau resepi saya tak layak lah, nih sekali sekala jer orang kata memang bidan terjun.

Maka dengan rasa rendah diri saya bagi ler resepi kerutuk daging versi saya.....jadi kalau terkurang tuh tahu-tahu jelahkan ....Biasa rempah kerutuk saya beli masa balik kampung sana punya versi sedap kalau tak ada beli lah yang adabi punya tapi dah nak rasa rendang sikit lah...Biasa kat kelantan masakan kerutuk nih masa majlis kenduri orang masak..


Ihsan Googles

RESEPI KERUTUK DAGING ( Gambar Ihsan Googles )

REMPAH KERUTUK ~ Saya beli timbang punya  ~ 1 kilo daging ( 5 sudu besar rempah )
( sukatan tengok banyak mana nak guna daging )
BAWANG KUNING/ HOLLAND ~ Kisar/Tumbuk dalam 5 biji  ( saya suka tumbuk )
( petua mak saya kalau nak gulai tahan lama guna bawang holland jgn guna bawang merah )
Halia ~ Sebesar Ibu Jari  ( Dikisar / Tumbuk dengan Bawang)
Serai ~ 3 Batang ( Dititik )
Cili Kering ~ Ikut Citarasa ( dikisar dengan Bawang/Halia)
Bawang Putih ~ 1 Labu ( Dikisar )

Gula Melaka ~ 1 Keping
Ini rupa gula melaka yang selalu saya guna
Asam Keping ~ 2 Keping
Garam ~ Secukup Rasa
Santan Pekat ~ 2 Biji
Kepala Parut : 1/2 Biji ( Goreng dan tumbuk dibuat kerisik )
Air ~ 1 Ltr
Minyak masak -
Daging Sekilo ~ Terpulang nak potong macam mana

LANGKAH-LANGKAH
~Panaskan minyak
~Tumiskan Bawang/Cili/Halia/Serai sampai naik bau
~Masukkan Rempah kerutuk/Gula melaka sampai naik bau
~Masukkan daging/asam keping dan biarkan sehingga keluar air daging 
maka masukkan sedikit santan pekat.
~Biar kering sedikit masukkan semua santan dan air tadi biarkan mendidih.
~Kacau sekali sekala sehingga hampir nak kering masukkan kerisik..pastikan daging dah masak.
(Kerisik tidak dimasukkan awal bagi mengelakan santan kerisik keluar..tak sedap nanti )
~Dah nak kering kacau perlahan masukkan garam secukup rasa.....Nak sedap masukkan gula sedikit

Dah agak kering dan naik minyak boleh ler diangkat  dan dimakan....

Kalau ada yang tak kena tuh sorry leh sebba ini lah cara saya memasak kerutuk..Puan Hanna apa lagi resepi dah bagi ha dah masak jangan lupa callling-calling i yer ...
( Nama jer satu pejabat tapi nak jumpa susah sekali ) . My kawan Jeha cakap mak dai selalu masak kerutuk daging, rempah siap import dari anak buah yang belajar kat UITM Machang..Rajin mak dia.

BUTIR NANGKA


Gambar dicedok dari My resepi

Hari nih dengan senang hati daku membawa Bubur Biji Nangka datang opice daku..
Warna-warni lagi walau tak lah semariah mana namun janji ada juga warna.

Dalam muka ada yang blur dan blurina ada juga yang tak pernah makan...aku mula ler pe buat cerita dongeng yang dalam biji nangka dalam tuh jadi nak makan kena gigit betul-betul..bukan main percaya diaorang nih.Walhal dalam tuh tak ader apa pon....

Rasanyer daku bawak tak lah banyak mana pun cuma satu balang jer itu pun jenuh menggetel dengan semangat Malaysia Boleh. Daku nih tak suka sangat manis-manis maka bubur daku pun suam-suam kuku jer manisnyer..ada yang cakap kurang manis nasib baik daku ader spare gula..dimasukkan dan dikacau......

Hah kalau nak resepi tuh alah senang jer : ( Nih dah jadi blog memasak pulak ker????) Ni nama nyer bidan terjun ...

RESEPI BUBUR BIJI NANGKA ( YANG PALING RINGKAS DAN SENANG )
1) TEPUNG PULUT " GAJAH BRAND  ~ 1 PAKET
2) REMPAH HALBA  ~ 1 SUDU BESAR
3) SANTAN 2 BIJI KELAPA/ 2 KOTAK SANTAN SEGERA
4) AIR 1 11/2 LITER
5) GULA ~ SECUKUP RASA
6) GARAM ~ SEDIKIT SAHAJA
7) DAUN PANDAN ~ 3 HELAI

LANGKAH-LANGKAH
1) PANASKAN AIR DIDALAM PERIUK MASUKKAN HALBA DAN GULA & PANDAN
2) TEPUNG PULUT DICAMPUR AIR HINGGA TIDAK MELEKAT KAT TANGAN
( ASINGKAN KALAU NAK BUAT BANYAK WARNA ) DAH TARUK PEWARNA SILA
GENTELKAN SEPERTI NAK BUAT ONDEH-ONDEH.
3) SEMASA MENGGENTEL TUH TERUS MASUKKAN DALAM AIR YANG DIPANASKAN TADI
4) DAH SIAP DAN RASANYER BIJI-BIJI DAH MASUK BOLEH LER MASUKKAN SANTAN TADI KACAU DAN MASUKKAN GARAM..KACAU SAMPAI MENGGELEK.

Tara dah boleh angkut dan dimakan.....

KUIH ROJAK


Gambar Ihsan Googles

Hari tuh pernah cita yang part mintak resepi dari Pn.Miza kan? resepi Kuah rojak tuh...Memang bercita-cita nak buat hujung ni.

Balik dari kerja semalam singgah kat pasar malam bercita-cita nak buat kerabu jantung pisang. Semangat yang kental daku mencari kedai yang menjual ulam-ulaman kampung..Apasal tak ader pulak arini..La aku tepuk dahi semalam rabu mana ader. Biasa Pak cik tuh niaga untuk pasar malam ari Jumaat. Al-kaedah nyer esok ler..maka terbantut ler hajat nak buat kerabu jantung pisang...

Tetiba mata ku terpandnag daging lembu...nampak segar jer..terus tanya penjual berapa sekilo katanyer daging lembut RM16.00 sekilo..pastuh ku tanya ada limpa tak??
Janji peniaga tuh Pasar malam esok dia bawa. Cita-cita ku nak masak kerutuk limpa sabtu nih...wah banyak betul planning masak yer....I Like....

Dah sampai rumah selesaikan suapkan anak-anak makan daku pun mengajar anak-anak serba sikit pastu ku pasangkan DVD untuk mereka layan. Jadi daku boleh ler buat kerja apa yang patut..
Sedang mengemas dan melontar vokal ku tetiba HP ku berbunyi......Bunyi message ler
" Insyaallah esok akak bagi kuah rojak untuk U" dari Miza

Aku gumbira ler sebab dia nak buatkan dan bagi kat daku lagi..bukan nyer daku memintak-mintak orang nak bagi daku terima ler..

Balasku..."Alhamdullilah.." Tak kan nak kata tidak kan orang nak bagi kan???Maka daku tempek ler resepi yang dia bagi yang daku tak sempat nak buat lagi...

INILAH RESEPI DARI PN.MIZA
BAHAN~ BAHAN :~
KICAP ~ 1 BOTOL ( TAK KIRA MASIN ATAU MANIS )
SOS CILI ~ 1 BOTOL ( TAK KISAH APA BRAND ..JANGAN SOS TOMATO SUDAH )
CILI KERING ~ SECUKUP RASA ( NAK PEDAS KE TAK ) DI BLENDER
KACANG TANAH ~ KENA GORENG DAN BLEND ( NIH PUN SECUKUP RASA )
OTAK UDANG ~ 1 BOTOL ( KALAU TAK TAHAN TARUK LER SIKIT TAK PUN TAK YAH LANGSUNG )
BELACAN ~ SEBESAR DUIT 20sEN ( DIDORENG SAMPAI JADI DEBU )
GULA + GARAM ~ SECUKUP RASA
BIJAN ~ GORANG DULU  UNTUK DITABUR BILA NAK MAKAN.


CARA-CARA
1 ) SATUKAN KESEMUA BAHAN KECUALI KAANG TANAH , BELACAN DAN BIJAN.
2) MASAKKAN DENGAN API SEDERHANA PALING KURANG DALAM 40 MINIT.
3 ) DALAM MINIT TERAKHIR SENTIASA KACAU UNTUK MENGGELAKKAN HANGIT DI BAHAGIAN BAWAH.
4) MASUKKAN GARAM + GULA SECUKUP RASA....
5 ) NAK MAKAN MASUKKAN KACANG DAN BELACAN TADI..

Hari Nih daku makan betik ( pemberian K.wati ) dengan kuah rojak sedapppp..TQ K.MIZA

 

BEBOLA AYAM

ZR
Ihsan dari Googlesss


Hu..Hu lama daku menyepi bukan kerana merajuk tapi kerana badan tak cihat...demam lah katakan..orang tua demam nih payah sikitkan?? nak manja lebih-lebih tak boleh anak-anak ader...
Daku nih kalau demam kalah budak-budak mesti nak kena inject jer baru ok kalau tak tak bangun ler...
Dalam demam-demam tuh tetiba jer nak makan bebola daging sebab terliur dengan bebola daging rasanyer penangan dari blog Cik Ina Do Do.

Maka ku godek-godek dalam peti ais dalam larat tak larat ku gagahkan juga...carik-carik rupanyer tak ader daging..tepuk dahi jap baru ingat semalam daku habiskan daging untuk masak kicap ku.....

Terpandang ler ayam yang masih ada, maka nak tak nak maka daku pun fikir ler dalam minda buat jerlah ayam pun ayam ler...janji jadi bebolakan??..sedang semangat berkobar-kobar aku cari resepi...loh buku resepi pulak tertinggal kat pejabat aduhhhh....

Sambil-sambil ingat lupa maka daku pun berlagak ala-ala chef ler...untuk buat bebola ayamku....
maka ini ler resepi daku yang main hentam jer ( nape ek aku sekarang suka tulis resepi..sebenarnyer daku suka masak tapi tak berapa pandai ).......

RESEPI BEBOLA ZANNA

ISI AYAM ( Beli ayam seekor pun boleh ambil ler isi jer tulang tu tak yah ler )
BAWANG KUNING ( HOLLAND ) ~ 1 BIJI
BAWANG MERAH INDIA ~ 3 BIJI
HALIA MUDA~ 2CM ( rasa dan aroma lebih best dari halia tua )
KUIB IKAN BILIS ~ 2 KIUB
DAUN SUP ~ 10 BATANG ( Hiris Halus )
CARROT ~ 1 BATANG ( Hiris Halus )
BAWANG PUTIH ~ 4 ULAS
GARAM ~ SEDIKIT ( Kiub ikan bilis dah masin )
GULA ~ Sedikit
~ Kalau nak masuk lada hitam / lada sulah pun boleh tapi saya tak masukkan sebab dah taruk halia muda

CARA-CARA

Masukkan semua dalam blender dan blender ler sampai sedang-sedang jangan hancur semua. Kalau blender hancur semua tak best gigit tak rasa apa pun terpulang selera masing masingkan..

Dah siap blender masukkan dalam bekas dan campurkan sedikit tepung jagung, jangan banyak sangat nanti bebola rasa tepung jer..nanti lembik sikit tak per...lepas tuh didihkan air..dah mengelegak masukkan bebola yang kita gentelkan tadi dalam air ..bila bebola timbul maka boleh ler diangkat...

Siap bebola daku maka makan ler dengan mee sup yang tak seberapa...puas walau mulut pahit bukan nak makan banyak pun...sajer orang kata perangai orang demam kan????...

PULUT PAGI

ZR

Ihsan Googles

Balik dari pejabat dalam renyai hujan, rutin daku cam biasa round pasar malam untuk cuci mata dan cuci duit sekali. Yalah sekali pergi maunyer RM50.00 melayang. Sebelum sampai tuh memang dah budget tekad habis rm20.00 jer nak beli kat pasar malam. Tup-tup bila sampai tengok epal merah-merah ambik, tengok mangga ambik, tengok jagung, tengok satay..pendek kata main sambar jer..tau-tau lah dah tak da RM50.00. waktu tuh mula ler pening sekejap...

Ihsan Googles
Al-kisah daku nak makan bubur pulut hitam lah kononnyer..maka aku dah bersungguh-sungguh ler tanya kedai kat pasar malam. "Tak ada kak pulut putih ade"..hampeh orang tanya pulut hitam putih buat apa.

"Tak pe mungkin pasar mini kat rumah daku ader..daku senyum kembali sambil terbayang dah sedapnyer makan bubur pulut hitam malam nanti..

Sesudah selesai bershopping di pasar malam daku pun menuju ke kedai mini dengan kereta kodokku itu.
"Kak beras pulut hitam dah lama kitaorang tak jual"...Aduhhhh rasa cam pelik pulak..tak per dik bagi akak santan. Akak jalan kaki pergi kedai hujung jap tanya.

Maka daku ala-ala model berjalan ler ke kedai itu..."Dah habis lah"..ayat ringkas dan padat..
Aku pun dah macam putus harap lah, apasal susah sangat nih. Itulah dia bila kita nak tak ader jer..bila kita tak nak hah depan mata bebetul...Hilang terus semangat nak masak bubur, maka berjalan tergedek-gedek ler daku kat kedai adik  tadi untuk mengambil santan sambil berjalan otak pun berfikir ,aku teringat kat rumah ada beras  pulut putih...aku buat pulut pagi jerlah. Walau santan dah beli daku ambil jer, kena beli kelapa parut muda putih lah untuk dimakan dengan pulut pagi...
Pulut pagi tapi makan malam...hu....hu