Monday, July 30, 2012

Resepi Ayam percik Kelantan




Dalam kesusahan ada dan tak ada air akhirnya saya berjaya membuat Ayam percik Vs kelantan.

Bahan-Bahan:-

Ayam seeekor : Potong 4 ( potong ayam ikut kesesuai )

Kunyit hidup + Garam : Untuk memerap ayam- perap lama makin sedap

Bahan Kuah percik:-

Santan Pekat : 2 cawan

Santan Cair : 2 cawan

Serai- 2 tangkai diketuk ( Diketuk )

Halia : 2 inci

Bawang merah : 5 /6 ulas bergantung size

Bawang Putih : 3 Ulas

Garam, Gula

(Halia+Bawang Merah+ Bawang Putih ) Blender sampai hancur

Masukkan semua bahan tadi kacau hingga pekat.........agak-agak dah pekat sikit boleh ler angkat......

Masa bakar ayam tadi lumurkan sedikit kuah percik tadi bagi menyerap rasa...siap...

Wednesday, July 25, 2012

Resepi Roti Puding



Gambar Ihsan Google...

Pagi- pagi ni semangat nak tulis resepi..

Saya suka puding roti tambah pula bila letak dalam peti ais mesti sejuk dan sedap.

ni resepi puding roti versi saya.

Bahan-Bahan:-

Roti ( Pek biasa )   Gunakan yang kecil
Telur: 6 - 7 biji ( ikut size)
Santan Cair : 1- 2 cawan
Buah-buahan dalam tin ( tin kecil ) / atau kismis/ Buah-buahan dalam tin - Mengikut selera
Esen Vanila perasa pandan.
Gula : 1/2 Cawan ( Bergantung ke tahap kemanisan seseorang)
Garam : Sedikit
Pewarna mengikut warna kegemaran..
Bahan sampingan terpulang nak guna atau tak..
Susu cair.

Cara-cara.
Panaskan Kukusan
Pukul Telur dan gula sehingga hancur @ Blender.
Masukkan Esen vanilla
Masukkan santan cair + garam.+ pewarna.Hingga sebati
Masukkan Kismis@Buah-buah campur
Sediakan bekas untuk mengisi roti ( sapu dengan minyak masak sedikit)
Celupkan roti ke bekas yang ada adunan tadi hingga lembik dan susun satu persatu dalam loyang..selang seli dengan buah@kismis ..buat sehingga habis aduan.

Masukkan dalam kukusan..kukus dalam 15-20minit..
dah masak biarkan seketika, dah sejuk masukkan dalam peti ais biarkan seketika.
Bila ingin dimakan potong dan dicurahkan dengan susu cair..sedapppp


Kuih Peria



Bila Puasa ni tengok gambar kuih kat internet mula lah nak masak tu nak masak ni..alih-alih hati terpaut pada Kuih peria. Favourite kuih ni, sedap dan senang.




Bahan-bahan:-
tepung pulut : 500Gram
Daun Pandan : Sepuluh helai
Air  : Secukupnya
Garam: Secukup rasa

Kacang Hijau: setengah kilo
Kelapa parut: sesuku biji
Gula melaka: Secukup rasa
Pewarna Merah + Hijau
Daun pisang :
Minyak masak : untuk melumur kuih

Cara-Cara:-
~ Masakkan kacang hijau bersama Gula melaka dan sedikit garam, masukkan air sedikit ( untuk kacang cepat empuk seeloknya direndam dulu kacang tu semalaman )
~ Bila dah agak empuk masukkan kelapa parut sedikit..Kacau rata ..dah siap
~ Bancuh Tepung pulut dengan air dan jadikan seperti nak buat ondeh-ondeh..
~ Bahagikan kepada 2 bahagian setiap satu warnakan hijau / merah
~ Bulatkan doh dan tekan ditengah, masukkan kacang tadi sebagai inti, buat bujur dan tekan dengan garfu untuk mencorakkan.
~ Setelah kukusan panas..masukkan yang telah kita bentukkan tadi, lapik dengan daun kelapa.
~ sesudah diangkat sapukan minyak masak sedikit dan letakkan diatas daun pisang yang telah dipotong.




Monday, July 23, 2012

PULUT PAGI

ZR

Ihsan Googles

Balik dari pejabat dalam renyai hujan, rutin daku cam biasa round pasar malam untuk cuci mata dan cuci duit sekali. Yalah sekali pergi maunyer RM50.00 melayang. Sebelum sampai tuh memang dah budget tekad habis rm20.00 jer nak beli kat pasar malam. Tup-tup bila sampai tengok epal merah-merah ambik, tengok mangga ambik, tengok jagung, tengok satay..pendek kata main sambar jer..tau-tau lah dah tak da RM50.00. waktu tuh mula ler pening sekejap...

Ihsan Googles
Al-kisah daku nak makan bubur pulut hitam lah kononnyer..maka aku dah bersungguh-sungguh ler tanya kedai kat pasar malam. "Tak ada kak pulut putih ade"..hampeh orang tanya pulut hitam putih buat apa.

"Tak pe mungkin pasar mini kat rumah daku ader..daku senyum kembali sambil terbayang dah sedapnyer makan bubur pulut hitam malam nanti..

Sesudah selesai bershopping di pasar malam daku pun menuju ke kedai mini dengan kereta kodokku itu.
"Kak beras pulut hitam dah lama kitaorang tak jual"...Aduhhhh rasa cam pelik pulak..tak per dik bagi akak santan. Akak jalan kaki pergi kedai hujung jap tanya.

Maka daku ala-ala model berjalan ler ke kedai itu..."Dah habis lah"..ayat ringkas dan padat..
Aku pun dah macam putus harap lah, apasal susah sangat nih. Itulah dia bila kita nak tak ader jer..bila kita tak nak hah depan mata bebetul...Hilang terus semangat nak masak bubur, maka berjalan tergedek-gedek ler daku kat kedai adik  tadi untuk mengambil santan sambil berjalan otak pun berfikir ,aku teringat kat rumah ada beras  pulut putih...aku buat pulut pagi jerlah. Walau santan dah beli daku ambil jer, kena beli kelapa parut muda putih lah untuk dimakan dengan pulut pagi...
Pulut pagi tapi makan malam...hu....hu

BUTIR NANGKA


Gambar dicedok dari My resepi

Hari nih dengan senang hati daku membawa Bubur Biji Nangka datang opice daku..
Warna-warni lagi walau tak lah semariah mana namun janji ada juga warna.

Dalam muka ada yang blur dan blurina ada juga yang tak pernah makan...aku mula ler pe buat cerita dongeng yang dalam biji nangka dalam tuh jadi nak makan kena gigit betul-betul..bukan main percaya diaorang nih.Walhal dalam tuh tak ader apa pon....

Rasanyer daku bawak tak lah banyak mana pun cuma satu balang jer itu pun jenuh menggetel dengan semangat Malaysia Boleh. Daku nih tak suka sangat manis-manis maka bubur daku pun suam-suam kuku jer manisnyer..ada yang cakap kurang manis nasib baik daku ader spare gula..dimasukkan dan dikacau......

Hah kalau nak resepi tuh alah senang jer : ( Nih dah jadi blog memasak pulak ker????) Ni nama nyer bidan terjun ...

RESEPI BUBUR BIJI NANGKA ( YANG PALING RINGKAS DAN SENANG )
1) TEPUNG PULUT " GAJAH BRAND  ~ 1 PAKET
2) REMPAH HALBA  ~ 1 SUDU BESAR
3) SANTAN 2 BIJI KELAPA/ 2 KOTAK SANTAN SEGERA
4) AIR 1 11/2 LITER
5) GULA ~ SECUKUP RASA
6) GARAM ~ SEDIKIT SAHAJA
7) DAUN PANDAN ~ 3 HELAI

LANGKAH-LANGKAH
1) PANASKAN AIR DIDALAM PERIUK MASUKKAN HALBA DAN GULA & PANDAN
2) TEPUNG PULUT DICAMPUR AIR HINGGA TIDAK MELEKAT KAT TANGAN
( ASINGKAN KALAU NAK BUAT BANYAK WARNA ) DAH TARUK PEWARNA SILA
GENTELKAN SEPERTI NAK BUAT ONDEH-ONDEH.
3) SEMASA MENGGENTEL TUH TERUS MASUKKAN DALAM AIR YANG DIPANASKAN TADI
4) DAH SIAP DAN RASANYER BIJI-BIJI DAH MASUK BOLEH LER MASUKKAN SANTAN TADI KACAU DAN MASUKKAN GARAM..KACAU SAMPAI MENGGELEK.

Tara dah boleh angkut dan dimakan.....

KUIH KACANG




Wah...wah musim-musim bulan puasa ni rasa nak pula makan nasi himpit dan juah kacang.

Nak buat kuah kacang ni senang je (ikut cara saya cincai jelah)

Bahan-Bahan:-
Kacang  1/2 Kilo : Digoreng hingga kekuningan
Santan Pekat : 2 cawan
Gula Melaka : secukup rasa
Cili kering : 5-10 ( mengikut citarasa untuk tahapa kepedasan)
Bawang Merah : 5 Ulas
Bawang Hollland: 1 biji/ 2 biji bergantung size
Serai: 2 Batang
Halia : Seinci
lengkuas : Seinci
Garam: Secukup rasa
Air: Ikut citarasa kepekatan
Asam keping : 1 keping

Cara-cara

Blender Cili kering bawang Merah + Bawang holland + halia + lengkuas + serai ( A)

Blender kacang yang telah digoreng ( tak payah buang kulit )

Panaskan periuk/ kuali masukkan minyak masak( 2 sudu besar )

Masukkan Bahan yg diblender (A) hingga naik minyak

Masukkan kacang tadi.Gaul sekejap.

Masukkan Gula melaka + Air 3Cawan

Kacau masukkan garam sedikit + asam keping

Biarkan sehingga menggeleggak masukkan santan pekat kacau lagi....

Biarkan seketika hingga minyak pecah, rasa untuk kesedapan.

Dah siap tara boleh dimakan dengan nasi himpit atau roti..

Beginilah cara saya buat kuah kacang..senang dan mudah....




Wednesday, July 18, 2012

KERABU JANTUNG PISANG






Atas permintaan kawan kat pejabat hari ni aku bawa lagi Kerabu jantung pisang, entah lah tak habis-habis cakap sedap-sedap yang aku bawa aritu..aku selalu pesan borang biasa masak kali pertama je sedap, kali kedua pasti ada tak kena...nak tak nak dah aku diberikan jantung pisang ngan kelapa maka buat jelah..lagipun dah nak masuk ramadhan.

Buat Kerabu ni tak susah senang jer..





Gambar Ihsan Googles

Resepinya:-

Jantung pisang - Sebiji ( Potong 4 dan di rebus, rebus jangan terlalu empuk nanti lembik )

Kelapa parut - 1 biji ( kalau besar separuh) - digoreng

Ikan ( Selar/Sardin ) - 6 Ekor/4 ekor bergantung pada size ( Dikukus + asam keping + garam )

Bawang merah (kecil ) - 8 ulas ( ditumbuk)

Lada hitam- 10-15 biji ( ditumbuk)

Serai- 2-3 Batang ( Dimayang halus )

Gula + garam: secukup rasa.


Langkah-langkah :-

Jantung pisang dah masak dimayang halus.

Ikan dibuang tulang, ditumbuk/ Blender

Tumbuk Bawang + Lada Hitam+ Gula + Garam.

Gaul semua bahan dengan kelapa yang dah digoreng tadi. Masukkan serai yang dimayang tadi. Gaul rasa cukup tak garam + gula..dah siap.

Senangkan?


Nota: nak sedap lagi campurkan kacang panjang sekali,  tapi potong nipis-nipis.,

Friday, July 13, 2012

KUIH KATON

Ramai yang cakap saya penggemar kuih tradisional memang pun, dah rata-rata asaya memang boleh masak kuih tradisional pandai tu tidak lah.


Gambar Ihsan Googles

Ini dia resepi kuih katoon my pavorite ni;-

Tepung pulut ~ Setengah Kilo
Air secukup
Gambir ~ Separuh atau suku @ atau daun pandan

Kelapa Parut + garam ( Putih sahaja ) ~ separuh ~ Dikukus

Gula melaka - secukupnya dimasak dengan air.

Cara-cara ( senang jer )

Tepung pulut diuli dengan air dan gambir ( pekatkan doh macam nak buat ondeh-odeh)

Sediakan periuk kukusan.

Kukus tepung tadi dalam 15-20 minit dah masak angkat

biarkan sejuk potong kecil-kecil ( ikut citarasa)

Gaulkan dengan kelapa yang telah dikukus tadi.

Hidangkan dalam pinggan curahlan air gula melaka mengikut selera...


Tuesday, July 10, 2012