Tuesday, February 14, 2012

KERUTUK

Aduhhh sian pulak kat Puan Hanna yang asyik request resepi kerutuk, bukan ape saya nih tak pandai sangat masak nak kata pro oh tidak sebab itu ler saya asyik masuk blog Cik Ina Do Do Cheng dapat cedok ilmu masakan dari situ walau kekadang ada yang ringkas namun sedappppp..

Saya segan ler nak bagi resepi nih sebab nanti orang cakap saya ni eksen sedangkan ilmu tak sampai mana, kalau takat masak untuk tekak sendiri tuh boleh ler sebab sedap ke tak tetap kena telan kalau tak makan saper nak makan..tapi yang pasti blog saya nih bukan blog memasak atau resepi saya tak layak lah, nih sekali sekala jer orang kata memang bidan terjun.

Maka dengan rasa rendah diri saya bagi ler resepi kerutuk daging versi saya.....jadi kalau terkurang tuh tahu-tahu jelahkan ....Biasa rempah kerutuk saya beli masa balik kampung sana punya versi sedap kalau tak ada beli lah yang adabi punya tapi dah nak rasa rendang sikit lah...Biasa kat kelantan masakan kerutuk nih masa majlis kenduri orang masak..


Ihsan Googles

RESEPI KERUTUK DAGING ( Gambar Ihsan Googles )

REMPAH KERUTUK ~ Saya beli timbang punya  ~ 1 kilo daging ( 5 sudu besar rempah )
( sukatan tengok banyak mana nak guna daging )
BAWANG KUNING/ HOLLAND ~ Kisar/Tumbuk dalam 5 biji  ( saya suka tumbuk )
( petua mak saya kalau nak gulai tahan lama guna bawang holland jgn guna bawang merah )
Halia ~ Sebesar Ibu Jari  ( Dikisar / Tumbuk dengan Bawang)
Serai ~ 3 Batang ( Dititik )
Cili Kering ~ Ikut Citarasa ( dikisar dengan Bawang/Halia)
Bawang Putih ~ 1 Labu ( Dikisar )

Gula Melaka ~ 1 Keping
Ini rupa gula melaka yang selalu saya guna
Asam Keping ~ 2 Keping
Garam ~ Secukup Rasa
Santan Pekat ~ 2 Biji
Kepala Parut : 1/2 Biji ( Goreng dan tumbuk dibuat kerisik )
Air ~ 1 Ltr
Minyak masak -
Daging Sekilo ~ Terpulang nak potong macam mana

LANGKAH-LANGKAH
~Panaskan minyak
~Tumiskan Bawang/Cili/Halia/Serai sampai naik bau
~Masukkan Rempah kerutuk/Gula melaka sampai naik bau
~Masukkan daging/asam keping dan biarkan sehingga keluar air daging 
maka masukkan sedikit santan pekat.
~Biar kering sedikit masukkan semua santan dan air tadi biarkan mendidih.
~Kacau sekali sekala sehingga hampir nak kering masukkan kerisik..pastikan daging dah masak.
(Kerisik tidak dimasukkan awal bagi mengelakan santan kerisik keluar..tak sedap nanti )
~Dah nak kering kacau perlahan masukkan garam secukup rasa.....Nak sedap masukkan gula sedikit

Dah agak kering dan naik minyak boleh ler diangkat  dan dimakan....

Kalau ada yang tak kena tuh sorry leh sebba ini lah cara saya memasak kerutuk..Puan Hanna apa lagi resepi dah bagi ha dah masak jangan lupa callling-calling i yer ...
( Nama jer satu pejabat tapi nak jumpa susah sekali ) . My kawan Jeha cakap mak dai selalu masak kerutuk daging, rempah siap import dari anak buah yang belajar kat UITM Machang..Rajin mak dia.

BUTIR NANGKA


Gambar dicedok dari My resepi

Hari nih dengan senang hati daku membawa Bubur Biji Nangka datang opice daku..
Warna-warni lagi walau tak lah semariah mana namun janji ada juga warna.

Dalam muka ada yang blur dan blurina ada juga yang tak pernah makan...aku mula ler pe buat cerita dongeng yang dalam biji nangka dalam tuh jadi nak makan kena gigit betul-betul..bukan main percaya diaorang nih.Walhal dalam tuh tak ader apa pon....

Rasanyer daku bawak tak lah banyak mana pun cuma satu balang jer itu pun jenuh menggetel dengan semangat Malaysia Boleh. Daku nih tak suka sangat manis-manis maka bubur daku pun suam-suam kuku jer manisnyer..ada yang cakap kurang manis nasib baik daku ader spare gula..dimasukkan dan dikacau......

Hah kalau nak resepi tuh alah senang jer : ( Nih dah jadi blog memasak pulak ker????) Ni nama nyer bidan terjun ...

RESEPI BUBUR BIJI NANGKA ( YANG PALING RINGKAS DAN SENANG )
1) TEPUNG PULUT " GAJAH BRAND  ~ 1 PAKET
2) REMPAH HALBA  ~ 1 SUDU BESAR
3) SANTAN 2 BIJI KELAPA/ 2 KOTAK SANTAN SEGERA
4) AIR 1 11/2 LITER
5) GULA ~ SECUKUP RASA
6) GARAM ~ SEDIKIT SAHAJA
7) DAUN PANDAN ~ 3 HELAI

LANGKAH-LANGKAH
1) PANASKAN AIR DIDALAM PERIUK MASUKKAN HALBA DAN GULA & PANDAN
2) TEPUNG PULUT DICAMPUR AIR HINGGA TIDAK MELEKAT KAT TANGAN
( ASINGKAN KALAU NAK BUAT BANYAK WARNA ) DAH TARUK PEWARNA SILA
GENTELKAN SEPERTI NAK BUAT ONDEH-ONDEH.
3) SEMASA MENGGENTEL TUH TERUS MASUKKAN DALAM AIR YANG DIPANASKAN TADI
4) DAH SIAP DAN RASANYER BIJI-BIJI DAH MASUK BOLEH LER MASUKKAN SANTAN TADI KACAU DAN MASUKKAN GARAM..KACAU SAMPAI MENGGELEK.

Tara dah boleh angkut dan dimakan.....

KUIH ROJAK


Gambar Ihsan Googles

Hari tuh pernah cita yang part mintak resepi dari Pn.Miza kan? resepi Kuah rojak tuh...Memang bercita-cita nak buat hujung ni.

Balik dari kerja semalam singgah kat pasar malam bercita-cita nak buat kerabu jantung pisang. Semangat yang kental daku mencari kedai yang menjual ulam-ulaman kampung..Apasal tak ader pulak arini..La aku tepuk dahi semalam rabu mana ader. Biasa Pak cik tuh niaga untuk pasar malam ari Jumaat. Al-kaedah nyer esok ler..maka terbantut ler hajat nak buat kerabu jantung pisang...

Tetiba mata ku terpandnag daging lembu...nampak segar jer..terus tanya penjual berapa sekilo katanyer daging lembut RM16.00 sekilo..pastuh ku tanya ada limpa tak??
Janji peniaga tuh Pasar malam esok dia bawa. Cita-cita ku nak masak kerutuk limpa sabtu nih...wah banyak betul planning masak yer....I Like....

Dah sampai rumah selesaikan suapkan anak-anak makan daku pun mengajar anak-anak serba sikit pastu ku pasangkan DVD untuk mereka layan. Jadi daku boleh ler buat kerja apa yang patut..
Sedang mengemas dan melontar vokal ku tetiba HP ku berbunyi......Bunyi message ler
" Insyaallah esok akak bagi kuah rojak untuk U" dari Miza

Aku gumbira ler sebab dia nak buatkan dan bagi kat daku lagi..bukan nyer daku memintak-mintak orang nak bagi daku terima ler..

Balasku..."Alhamdullilah.." Tak kan nak kata tidak kan orang nak bagi kan???Maka daku tempek ler resepi yang dia bagi yang daku tak sempat nak buat lagi...

INILAH RESEPI DARI PN.MIZA
BAHAN~ BAHAN :~
KICAP ~ 1 BOTOL ( TAK KIRA MASIN ATAU MANIS )
SOS CILI ~ 1 BOTOL ( TAK KISAH APA BRAND ..JANGAN SOS TOMATO SUDAH )
CILI KERING ~ SECUKUP RASA ( NAK PEDAS KE TAK ) DI BLENDER
KACANG TANAH ~ KENA GORENG DAN BLEND ( NIH PUN SECUKUP RASA )
OTAK UDANG ~ 1 BOTOL ( KALAU TAK TAHAN TARUK LER SIKIT TAK PUN TAK YAH LANGSUNG )
BELACAN ~ SEBESAR DUIT 20sEN ( DIDORENG SAMPAI JADI DEBU )
GULA + GARAM ~ SECUKUP RASA
BIJAN ~ GORANG DULU  UNTUK DITABUR BILA NAK MAKAN.


CARA-CARA
1 ) SATUKAN KESEMUA BAHAN KECUALI KAANG TANAH , BELACAN DAN BIJAN.
2) MASAKKAN DENGAN API SEDERHANA PALING KURANG DALAM 40 MINIT.
3 ) DALAM MINIT TERAKHIR SENTIASA KACAU UNTUK MENGGELAKKAN HANGIT DI BAHAGIAN BAWAH.
4) MASUKKAN GARAM + GULA SECUKUP RASA....
5 ) NAK MAKAN MASUKKAN KACANG DAN BELACAN TADI..

Hari Nih daku makan betik ( pemberian K.wati ) dengan kuah rojak sedapppp..TQ K.MIZA

 

BEBOLA AYAM

ZR
Ihsan dari Googlesss


Hu..Hu lama daku menyepi bukan kerana merajuk tapi kerana badan tak cihat...demam lah katakan..orang tua demam nih payah sikitkan?? nak manja lebih-lebih tak boleh anak-anak ader...
Daku nih kalau demam kalah budak-budak mesti nak kena inject jer baru ok kalau tak tak bangun ler...
Dalam demam-demam tuh tetiba jer nak makan bebola daging sebab terliur dengan bebola daging rasanyer penangan dari blog Cik Ina Do Do.

Maka ku godek-godek dalam peti ais dalam larat tak larat ku gagahkan juga...carik-carik rupanyer tak ader daging..tepuk dahi jap baru ingat semalam daku habiskan daging untuk masak kicap ku.....

Terpandang ler ayam yang masih ada, maka nak tak nak maka daku pun fikir ler dalam minda buat jerlah ayam pun ayam ler...janji jadi bebolakan??..sedang semangat berkobar-kobar aku cari resepi...loh buku resepi pulak tertinggal kat pejabat aduhhhh....

Sambil-sambil ingat lupa maka daku pun berlagak ala-ala chef ler...untuk buat bebola ayamku....
maka ini ler resepi daku yang main hentam jer ( nape ek aku sekarang suka tulis resepi..sebenarnyer daku suka masak tapi tak berapa pandai ).......

RESEPI BEBOLA ZANNA

ISI AYAM ( Beli ayam seekor pun boleh ambil ler isi jer tulang tu tak yah ler )
BAWANG KUNING ( HOLLAND ) ~ 1 BIJI
BAWANG MERAH INDIA ~ 3 BIJI
HALIA MUDA~ 2CM ( rasa dan aroma lebih best dari halia tua )
KUIB IKAN BILIS ~ 2 KIUB
DAUN SUP ~ 10 BATANG ( Hiris Halus )
CARROT ~ 1 BATANG ( Hiris Halus )
BAWANG PUTIH ~ 4 ULAS
GARAM ~ SEDIKIT ( Kiub ikan bilis dah masin )
GULA ~ Sedikit
~ Kalau nak masuk lada hitam / lada sulah pun boleh tapi saya tak masukkan sebab dah taruk halia muda

CARA-CARA

Masukkan semua dalam blender dan blender ler sampai sedang-sedang jangan hancur semua. Kalau blender hancur semua tak best gigit tak rasa apa pun terpulang selera masing masingkan..

Dah siap blender masukkan dalam bekas dan campurkan sedikit tepung jagung, jangan banyak sangat nanti bebola rasa tepung jer..nanti lembik sikit tak per...lepas tuh didihkan air..dah mengelegak masukkan bebola yang kita gentelkan tadi dalam air ..bila bebola timbul maka boleh ler diangkat...

Siap bebola daku maka makan ler dengan mee sup yang tak seberapa...puas walau mulut pahit bukan nak makan banyak pun...sajer orang kata perangai orang demam kan????...

PULUT PAGI

ZR

Ihsan Googles

Balik dari pejabat dalam renyai hujan, rutin daku cam biasa round pasar malam untuk cuci mata dan cuci duit sekali. Yalah sekali pergi maunyer RM50.00 melayang. Sebelum sampai tuh memang dah budget tekad habis rm20.00 jer nak beli kat pasar malam. Tup-tup bila sampai tengok epal merah-merah ambik, tengok mangga ambik, tengok jagung, tengok satay..pendek kata main sambar jer..tau-tau lah dah tak da RM50.00. waktu tuh mula ler pening sekejap...

Ihsan Googles
Al-kisah daku nak makan bubur pulut hitam lah kononnyer..maka aku dah bersungguh-sungguh ler tanya kedai kat pasar malam. "Tak ada kak pulut putih ade"..hampeh orang tanya pulut hitam putih buat apa.

"Tak pe mungkin pasar mini kat rumah daku ader..daku senyum kembali sambil terbayang dah sedapnyer makan bubur pulut hitam malam nanti..

Sesudah selesai bershopping di pasar malam daku pun menuju ke kedai mini dengan kereta kodokku itu.
"Kak beras pulut hitam dah lama kitaorang tak jual"...Aduhhhh rasa cam pelik pulak..tak per dik bagi akak santan. Akak jalan kaki pergi kedai hujung jap tanya.

Maka daku ala-ala model berjalan ler ke kedai itu..."Dah habis lah"..ayat ringkas dan padat..
Aku pun dah macam putus harap lah, apasal susah sangat nih. Itulah dia bila kita nak tak ader jer..bila kita tak nak hah depan mata bebetul...Hilang terus semangat nak masak bubur, maka berjalan tergedek-gedek ler daku kat kedai adik  tadi untuk mengambil santan sambil berjalan otak pun berfikir ,aku teringat kat rumah ada beras  pulut putih...aku buat pulut pagi jerlah. Walau santan dah beli daku ambil jer, kena beli kelapa parut muda putih lah untuk dimakan dengan pulut pagi...
Pulut pagi tapi makan malam...hu....hu

NASI GORENG

Dah lama mendiamkan diri dari menulis blog, bukan tak nak menulis langsung tapi kekadang mood hilang begitu sahaja..maka M.A.L.A.S ler jawabnyerrrr..

Hari nih lepas pekena keledek rebus semangat ler sikit..cam orang mengidam jer..mengidam kerrrr..kalau yer pun apasalahnyer kan???

Pagi tadi bangun kul 5.30 pagi duk termenung jap sambil mata duk pandang nasi dalam periuk yang ada balance semalam. Duk fikir nak masak aper yer bukan aper dah bosan nak makan kawasan sekitar Office tuh..muak ler katakan.

Maka daku pun bukak peti ais nampak ader sayur kangkung..kangkung nih daku beli nak masak tapi en.suami suka kidnap bagi arbok dan arnab dia makan...

Maka daku pun nak buat ler nasi gorang campak..sebab senang dan ringkas maka daku namakan nasi goreng campak boleh gitu..sebab kadang-kadang masak nih main campak-campak lebih sedap...

Bahan-bahan pun senang dan mudah jer : Bawang putih 4 ulas, cili 3-4 batang...itu jer
Daging ( itu jer yang ader dalam peti ais daku.) kalau ader hidupan laut mau daku campakkan sekali nih..
Kangkung ku potong halus-halus ( cam iklan nescafe ler pulak )
Telur ayam 2 biji...
Garam..
Gula..
Stock ikan bilis kalau ader tak der tak per..
Tumbuk bawang putih dengan cili dah sedang-sedang masukkan daging dan tumbuk sekali bagi dia sebati ( betul ker sebati ....tak tahu nak panggil aper )
kenapa daku tumbuk daging??? daku tumbuk sebab rasa lagi best..lembut dan serasi dengan nasi..tak kira ayam ker udang ker memang daku tumbuk...
Dah ok..panaskan minyak ..dah panas masukkan bahan dan biar hingga naik bau dan garing...dah garing masukkan gula sikit, masukkan kangkung tadi dengan stock bilis ..pastu masukkan telur kacau sampai jadi ketul-ketul..masukk nasi kacau masukkan garam..biar kejap hingga sebati ....dalam 10minit..tara
angkat dan boleh dimakan..daku bawa nasi goreng campak kat office ..kenyang perut ......

APAM LADA HITAM



Hu..hu..lama tak menulis sebab aper..M.A.L.A.S..tapi malas menulis jer..memasak tetap rajin..

Macam-macam resepi daku godek dlaam tenet....rasanyer dah lama tak makan apam bakar lada hitam..
apam nih susah nak cari..maklum ler kuih tradisional ler katakan..favourite nih...
rupa dia cam ner nanti jap lagi.

Sebab susah sangat nak dapat dan lama tak makan, bila balik kg masa raya kedai tutup mana nak cari apam nih maka daku pun usahakan sendiri membuatnyer..



Ihsan dari kartinimatyaakob.blogspot.com

RESEPI ( ringkas jer )
Tepung Gandum :  2 Cawan
Tepung Beras : 1 Cawan
Pisang : 2 Biji - ( diblender ) / kalau tak ader boleh guna tapai ubi
Bawang merah :- 2 Biji (Kecil )~ Blender
Halia : - 2 inci ( Blender )
Lada Hitam : 20 biji ~ Dikisar
Yis ~ 1 sudu besar
Air ~ sedang-sedang ( seperti membuat lempeng )
Kelapa Parut : 1/2 biji ambil yang putih
Garam : secubit

Cara -cara :-
Tepung Beras+ Tepung Gandum + Yis dicampur sekali
~Blender Bawang merah + halia + air
~ siap blender tapis ambil air masukkan dalam acuna tepung tadi
~ Lada Hitam : dikisar /ditumbuk
~ masukkan lada hitam dalam acuan tepung
~ blender pisang/ tapai ubi .masukkan dalam tepung.
Kacau sebati..biar adunan seperti membuat lempeng
Biarkan dalam 40minit ke 1jam sehingga naik buih-buih..
Dah naik buih-buih macam sabun tuh
Panaskan kuali leper.Jangan gunakan minyak ( kalau takut melekat untuk permulaan letak minyak dengan daun pandan sedikit sahaja )
Masukkan tepung tadi cam nak buat lempeng bezanya jangan diusik jangan dileperkan.
Bila dah mengelembung dan bahagian bawah masak balikkan dalam 3 minit angkat.

Dah siap dan boleh dimakan dengan kelapa yang digaul dengan garam sikit..

Kebetulan semalam adik ipar datang inilah yang kujamu, alhamdullilah sedap kata mereka..

SAMBAL GORENG

ZR
   Gambar Ihsan Googles....

Jeng-jeng semangat memegang kuali memang tidak pernah padam, ader jer nak di campak dan diketuk-ketuk untuk dijadikan hidangan,

Saya nih peminat sambal ikan bilis, tapi cara saya masuk memang mudah dan simple jer..saya makan boleh ler. Memang banyak orang yang pandai masak, macam-macam cara tapi saya tetap guna cara saya yang pada pemahan saya campak jer....

cara dan langkah senang jer...

Ikan bilis 100 gram ( jangan lupa belah, buang kepala dan isi perut dan rendam seketika dalam air
                                untuk menghilangkan masin )
Cili Kering : secukup rasa / atau saya selalu gunakan cili boh cap Puteri sedap dan  mudah.

Bawang Holland/ Kuning : 2 Biji besar + 1 biji kecik ( dipotong nipis )

Asam Keping : 1 kpg

Gula : 3-4  sudu

garam : 1 sudu

Cara senang :-

1 ) Ikan bilis digoreng sehingga sedang-sedang garing, kalau garing sangat nanti keras

2 ) Angkat ikan bilis

3 ) Masukkan bawabg kuning yang telah dipotong kedalam minyak..tumis seketika

4 ) Masukkan cili yang telah diblender/ cili boh kedalam bawang yang sedang ditumis

5) Masukkan asam keping / gula biarkan sehingga pecah minyak dan naik bau.

6 ) Masukkan ikan bilis dan garam

7 ) masukkan air sedikit biarkan hingga pecah minyak dalam 5 minit

8 ) boleh diangkat dan dihidangkan....

Mesti semua cakap betul ker apa yang saya tulis, memag begini ler cara saya masak sambal tumis ikan bilis...
simple jer....

SOTONG KUNYIT

ZR

Ihsan Googles ~

Salam...Jumaat hadir lagi bawa keindahan dan nikmat yang tak terkata,
dah lama tak makan sotong dan seangkatan dengannya, maklum ler kategori
allergic makanan laut, makan ker gatal -gatal ler satu badan,
apa pun itu tidak menghalang untuk menikmati SOTONG kunyit..apalagi memang mudah dan cepat
apa yang penting..SEDAPPPP. Sedap pada saya pada orang lain tak tahulah....

Bahan-bahan:-
Sotong:  4-5 ekor ~ dipotong ke 4/3 bahagian tengok size sotong
Kunyit hidup : 2/3 ketul
Bawang Puith : 5 Ulas
Serbuk Kari : 1 sudu Besar
Cili Api : 5-6 Biji( bergantung tahap kepedasan )
Bawang Kuning Besar : 1 biji ~ hiris nipis
Cili Besar: Hijau Merah ( setiap satu sebiji: mayang halus )
Daun Limau purut : 3-4 keping
Garam:- secukup rasa
Gula : sedikit sahaja.
Lemon/limau : sebiji

Cara Senang:

Tumbuk bawang putih+ Rempah Kari + Kunyit Hidup+ Garam + gula + cili api ( secukup rasa )
Tumbuk sebati gaulkan dengan sotong.

Panaskan minyak, masukkan sotong bila air sotong nak kering( jangan kering sangat ) masukkan bawang holland, cili potong dan daun limau purut. ( daun limau purut dimayang halus ~ sila buang tulang tengah daun ( petua mak untuk tak cepat basi ) kacau untuk 3-4 minit ..

Tara siap...angkat untuk dimakan, sebelum makan perahlah air lemon/limau diatas sotong tadi..sedappp

sekian....

jeng-jeng saja jer tulis resepi walau tak pandai mana pun..

GOGOK TELUR

Mesti Semua pelik dengan nama kuih ini, bentuk dan rupa bagai mana agak nyer..ini nama tempatan
kuih ini untuk kampung halaman ku kat sini, tak tahu orang panggil aper..

macam biasa saya memang suka buat yang mudah san simple, al-maklum ler
nak buat yang banyak sangat bahan-bahan ohh tak daya dan tak pandai, al- kaedah gini ler rupanyer :



Hasil Ehsan google :- al maklum ler nak taruk gambar sendiri daku nih nan kurang ariff ambil gambar.

Maka terus ler ke bahan-bahan yang senang, mudah dan murah :

1) Beras pulut : 2 cawan
2) Pati santan pekat : 1 cawan + sesudu kecil garam untuk bagi rasa lebih lemak
3) Daun Pandan : 2 helai
4 ) Telur :  7 Biji
5 ) Air : agak-agak
6) Gula Melaka : 4-5 keping ~ dicairkan dengan dengan dicampurkan sedikit air ~ biar agak pekat
Untuk mendapatkan warna gula melaka yang cantik saya selalu menggunakan  gula melaka ini


7) Esen Vanilla : sedikit untung menghilangkan hanyir telur

Cara senang :-
1 ) Masakkan beras pulut dengan santan pekat dan dicampur sedikit air + garam+ daun pandan. Dah masak salin pulut
masukkan dalam loyang yang telah disapu minyak.

2 ) Sambil menuggu pulut masak, cairkkan gula melaka dah siap biarkan sejuk atau sejukkan ia.

3) Sediakan periuk kukusan dan dibiarkan hingga air mendidih.

4) Sambil tunggu pulut masak juga ambil telur, pecahkan satu persatu, pastikan buang tali pusat
 telur+ esen vanila masukkan dalam blender apalagi blender lagi. Bagi sampai ringan.

5 ) Pulut dah masak, keluarkan letakkan dalam loyang, tekan kemas-kemas, letakkan telur yang dibelnder tadi kat atas dan kukus lah...
6) Masa kukus dalam 10-20 minit jer...tara siap..jemput makan

LEMPENG KELAPA PISANG

Sekarang petang musim hujan-, petang musim hujan, apalagi perut pun asyik lapar jer:-
Dah lama tak makan lempeng rasanyer, dulu time kecik-kecik favourite tuh, al lisah di suatu petang anak - anak nak makan lepeng ( mak yang lebih sebenarnya...)

Maka daku duk termenung lempeng sedap juga..apalagi buat jelah lempeng kelapa..tapi
nak bagi bebudak nampak meriah..bebudak nih nampak tak warna-warna jer tak nak, maka ligat ler otak
mencari jalan..

Tara akhirnyar terpandang pisang berangan yang ranum kat rumah ok..dapat ler idea

maka daku pun memulakan ekperimen:-

Bahan-Bahan
Tepung Gandum : 3 cawan
Air : 3-4 cawan
Daun pandan : 4-5 helai
Santan Pekat : 1 cawan
Gula: 3-4 sudu
Garam : secukup rasa
Pisang : 4-5 biji ~ potong nipis menyerong
Pewarna hijau.
Marjerin

Cara-Cara :
Blender daun pandan dengan secawan air sampai hancur : tapis ambil ait
Tepung gandum dimasukkan dalam bekas + gula+ garam
Masukkan santan dan air daun pandan+ dan masukkan air lagi jika rasa pekat
tapi pastikan tidak terlalu cair.
Panaskan kuali leper..dah panas letakkan majerin sedikit
Bila panas masukkan sesednduk tepung tadi dan dileperkan, lepas tuh susun pisang yang telah
dipotong diatas..biar api perlahan...pastikan masak sekata dan boleh diangkat.
jika tidak yakin masak balikkan dengan perlahan..
dan siap tara boleh dimakan dengan kaya atau pelbagai jem yang digemari...