Gambar Ihsan Googles
Hari tuh pernah cita yang part mintak resepi dari Pn.Miza kan? resepi Kuah rojak tuh...Memang bercita-cita nak buat hujung ni.
Balik dari kerja semalam singgah kat pasar malam bercita-cita nak buat kerabu jantung pisang. Semangat yang kental daku mencari kedai yang menjual ulam-ulaman kampung..Apasal tak ader pulak arini..La aku tepuk dahi semalam rabu mana ader. Biasa Pak cik tuh niaga untuk pasar malam ari Jumaat. Al-kaedah nyer esok ler..maka terbantut ler hajat nak buat kerabu jantung pisang...
Tetiba mata ku terpandnag daging lembu...nampak segar jer..terus tanya penjual berapa sekilo katanyer daging lembut RM16.00 sekilo..pastuh ku tanya ada limpa tak??
Janji peniaga tuh Pasar malam esok dia bawa. Cita-cita ku nak masak kerutuk limpa sabtu nih...wah banyak betul planning masak yer....I Like....
Dah sampai rumah selesaikan suapkan anak-anak makan daku pun mengajar anak-anak serba sikit pastu ku pasangkan DVD untuk mereka layan. Jadi daku boleh ler buat kerja apa yang patut..
Sedang mengemas dan melontar vokal ku tetiba HP ku berbunyi......Bunyi message ler
" Insyaallah esok akak bagi kuah rojak untuk U" dari Miza
Aku gumbira ler sebab dia nak buatkan dan bagi kat daku lagi..bukan nyer daku memintak-mintak orang nak bagi daku terima ler..
Balasku..."Alhamdullilah.." Tak kan nak kata tidak kan orang nak bagi kan???Maka daku tempek ler resepi yang dia bagi yang daku tak sempat nak buat lagi...
INILAH RESEPI DARI PN.MIZA
BAHAN~ BAHAN :~
KICAP ~ 1 BOTOL ( TAK KIRA MASIN ATAU MANIS )
SOS CILI ~ 1 BOTOL ( TAK KISAH APA BRAND ..JANGAN SOS TOMATO SUDAH )
CILI KERING ~ SECUKUP RASA ( NAK PEDAS KE TAK ) DI BLENDER
KACANG TANAH ~ KENA GORENG DAN BLEND ( NIH PUN SECUKUP RASA )
OTAK UDANG ~ 1 BOTOL ( KALAU TAK TAHAN TARUK LER SIKIT TAK PUN TAK YAH LANGSUNG )
BELACAN ~ SEBESAR DUIT 20sEN ( DIDORENG SAMPAI JADI DEBU )
GULA + GARAM ~ SECUKUP RASA
BIJAN ~ GORANG DULU UNTUK DITABUR BILA NAK MAKAN.
CARA-CARA
1 ) SATUKAN KESEMUA BAHAN KECUALI KAANG TANAH , BELACAN DAN BIJAN.
2) MASAKKAN DENGAN API SEDERHANA PALING KURANG DALAM 40 MINIT.
3 ) DALAM MINIT TERAKHIR SENTIASA KACAU UNTUK MENGGELAKKAN HANGIT DI BAHAGIAN BAWAH.
4) MASUKKAN GARAM + GULA SECUKUP RASA....
5 ) NAK MAKAN MASUKKAN KACANG DAN BELACAN TADI..
Hari Nih daku makan betik ( pemberian K.wati ) dengan kuah rojak sedapppp..TQ K.MIZA
No comments:
Post a Comment