Sekarang petang musim hujan-, petang musim hujan, apalagi perut pun asyik lapar jer:-
Dah lama tak makan lempeng rasanyer, dulu time kecik-kecik favourite tuh, al lisah di suatu petang anak - anak nak makan lepeng ( mak yang lebih sebenarnya...)
Maka daku duk termenung lempeng sedap juga..apalagi buat jelah lempeng kelapa..tapi
nak bagi bebudak nampak meriah..bebudak nih nampak tak warna-warna jer tak nak, maka ligat ler otak
mencari jalan..
Tara akhirnyar terpandang pisang berangan yang ranum kat rumah ok..dapat ler idea
maka daku pun memulakan ekperimen:-
Bahan-Bahan
Tepung Gandum : 3 cawan
Air : 3-4 cawan
Daun pandan : 4-5 helai
Santan Pekat : 1 cawan
Gula: 3-4 sudu
Garam : secukup rasa
Pisang : 4-5 biji ~ potong nipis menyerong
Pewarna hijau.
Marjerin
Cara-Cara :
Blender daun pandan dengan secawan air sampai hancur : tapis ambil ait
Tepung gandum dimasukkan dalam bekas + gula+ garam
Masukkan santan dan air daun pandan+ dan masukkan air lagi jika rasa pekat
tapi pastikan tidak terlalu cair.
Panaskan kuali leper..dah panas letakkan majerin sedikit
Bila panas masukkan sesednduk tepung tadi dan dileperkan, lepas tuh susun pisang yang telah
dipotong diatas..biar api perlahan...pastikan masak sekata dan boleh diangkat.
jika tidak yakin masak balikkan dengan perlahan..
dan siap tara boleh dimakan dengan kaya atau pelbagai jem yang digemari...
No comments:
Post a Comment