Hu..hu..lama tak menulis sebab aper..M.A.L.A.S..tapi malas menulis jer..memasak tetap rajin..
Macam-macam resepi daku godek dlaam tenet....rasanyer dah lama tak makan apam bakar lada hitam..
apam nih susah nak cari..maklum ler kuih tradisional ler katakan..favourite nih...
rupa dia cam ner nanti jap lagi.
Sebab susah sangat nak dapat dan lama tak makan, bila balik kg masa raya kedai tutup mana nak cari apam nih maka daku pun usahakan sendiri membuatnyer..
Ihsan dari kartinimatyaakob.blogspot.com
RESEPI ( ringkas jer )
Tepung Gandum : 2 Cawan
Tepung Beras : 1 Cawan
Pisang : 2 Biji - ( diblender ) / kalau tak ader boleh guna tapai ubi
Bawang merah :- 2 Biji (Kecil )~ Blender
Halia : - 2 inci ( Blender )
Lada Hitam : 20 biji ~ Dikisar
Yis ~ 1 sudu besar
Air ~ sedang-sedang ( seperti membuat lempeng )
Kelapa Parut : 1/2 biji ambil yang putih
Garam : secubit
Cara -cara :-
Tepung Beras+ Tepung Gandum + Yis dicampur sekali
~Blender Bawang merah + halia + air
~ siap blender tapis ambil air masukkan dalam acuna tepung tadi
~ Lada Hitam : dikisar /ditumbuk
~ masukkan lada hitam dalam acuan tepung
~ blender pisang/ tapai ubi .masukkan dalam tepung.
Kacau sebati..biar adunan seperti membuat lempeng
Biarkan dalam 40minit ke 1jam sehingga naik buih-buih..
Dah naik buih-buih macam sabun tuh
Panaskan kuali leper.Jangan gunakan minyak ( kalau takut melekat untuk permulaan letak minyak dengan daun pandan sedikit sahaja )
Masukkan tepung tadi cam nak buat lempeng bezanya jangan diusik jangan dileperkan.
Bila dah mengelembung dan bahagian bawah masak balikkan dalam 3 minit angkat.
Dah siap dan boleh dimakan dengan kelapa yang digaul dengan garam sikit..
Kebetulan semalam adik ipar datang inilah yang kujamu, alhamdullilah sedap kata mereka..
No comments:
Post a Comment